Friday, February 27, 2009

MEMBINA HUBUNGAN DALAM SESI KAUNSELING


Membina hubungan bermaksud hubungan yang teraputik dan kondusifyang dirasai oleh klien semasa sesi berlangsung. Pada ketika ini kaunselor lebih memberikan peransang dan tenang kepada klien. Kaunselor perlu menunjukkan rasa kemesraan, penerimaan, serta tingkahlaku yang meyakinkan diri klien. Berikut ialah beberapa kemahiran membina hubungan;

Pastikan tempat yang selesa dan sesuai. Susunan dalam bilik mesti selesa serta kerusi untuk klien duduk dalam jangka masa yang panjang. Ini penting kerana bagi pelajar sekolah jangka masa sesuatu sesi lebih kurang 45 minit, orang dewasa antara 45 – 60 minit. Malah berlaku juga sesi kaunseling untuk orang dewasa melebihi 1jam 30 minit, bergantung kepada kes.

Bilik sesi kaunseling tidak terganggu dengan bunyi bising, tidak dekat tandas, keluasan bilik yang selesa dan, keadaan dalam bilik tidak panas dan tidak terlalu sejuk, tidak terlalu banyak gambar, menyediakan bau-bauan yang menyelesakan, kertas tisu. Buku-buku dan fail tidak bertimbun di atas meja.

Memulakan Sesi Perbualan
Mempelawa klien
untuk berbual setelah klien diberikan ucapan, dipersilakan masuk dan duduk sepotong ayat atau kenyataan atau social talk atau soalan boleh dikemukan yang membawa maksud bahawa kedatangannya itu dialu-alukan, dia diterima dan mempunyai hak untuk menyatakan malasah. Kenyataan ini juga membayangkan kaunselor bersedia untuk mendengar dan menolong. Dalam hal ini gaya gerakgeri dan nada suara kaunselor penting:

Perkara yang perlu dielakkan antaranya:
a. Terlalu banyak soalan yang bertuturan.
b. Permulaan yang stereotype juga perlu dielakkan.
c. Unsur jenaka yang tidak ilkhlas perlu dielakkan.
d. Elakkan perkataan masalah, runsing, bimbang dan dsb.
e. Kecuali jika klien sudah menggunakannya.

Contoh-contoh soalan yang sesuai digunakan........
i. Bagaimana saya boleh membantu Julia,
ii. Cuba ceritakan apa yang menyusahkan Rosnanina,
iii. Encik Kamal kata ada perkara yang tidak menenangkan fikiran encik Kamal, boleh kita
kongsikan bersama ............
iv. Saya lihat Ai Ling sentiasa menung, apa yang sedang Ai Ling fikirkan.


Menstruktur sesi
Mengikut pendapat Brammer menstruktur sesi ialah peringkat pertama dalam perkembangan proses kaunseling. Ia diistilahkan sebagai: Kemasukkan atau penerimaan, Mengenalpasti masalah dan menstruktur – iaitu dari segi masa, keikhlasan,kerahsiaan.
seterusnya akan dibincangkan......................