Saturday, February 28, 2009

KOG 3202


Dalam sesi kaunseling, tugas utama kaunselor adalah mengenalpasti masalah sebenar klien
dan menggunakan kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling yang bersesuaian untuk
membantu klien mencari penyelesaian.
Semua kemahiran dan teknik ini digunakan oleh kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling
dengan lancar dan berkesan.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan ialah:

— Kemahiran Mendengar
— Kemahiran Refleksi
— Kemahiran Menyoal
— Teknik Membuat Rumusan
— Kemahiran Memberi Maklumat
— Kemahiran Memberi Fokus
— Kemahiran Mentafsir
— Kemahiran Memulakan Sesi
— Kemahiran Menyelesaikan Masalah
— Kemahiran Menamatkan Sesi
Peranan kaunselor
Keberkesanan khidmat kaunseling merupakan ukuran profesion ini. Seseorang kaunselor yang profesional mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti:
i) Kemahiran kompetensi (kemahiran asas
kaunseling dan teknik-teknik kaunseling)
ii) Kemahiran mengkonsepsikan kes
(mengenalpasti masalah sebenar klien)
iii) Kemahiran pengurusan kes
iv) Kemahiran bekerjasama dengan
ahli profesional lain
v) Kemahiran pemeliharaan dan
penjagaan keselamatan rekod
kaunseling.

Penampilan Diri Kaunselor
Pandangan pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien hendaklah berpakaian menikut norma-norma tempatan.

Penampilan diri yang menggangu tumpuan klien
- Bau minyak wangi yang terlalu kuat
- Pakaian yang menjolok mata
- Berpakaian selekeh, kotor dan bau busuk
- Janggut atau jambang dan misai yang tidak terurus.
(keadaan tersebut boleh menimbulkan jarak psikologi atau rasa terancam kepada diri klien
dan ini akan mengubah konsentrasinya).

Ekspresi Muka Atau Wajah
Ekpresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Adalah penting kepada kaunselor peka kepada:-
- mesej yang dilahirkan melalui wajah klien dan juga
- mesej yang dilahirkan melalui wajah kaunselor sendiri.

Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka, hidung dan warna yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Contohnya, muka menjadi merah ketika marah atau malu.

Ekspresi wajah yang tidak sama dengan perkataan menimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Contohnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan atau perhubungan yang baik.

Pandangan Mata Atau Kontak Mata
Antara fungsi dan kesan pandangan mata atau kontak mata
a. memberikan perhatian
b. menunjukkan minat
c. menunjukkan tanda hormat
d. menggalakkan perundingan
e. menggalakkan luahan perasaan yang jujur
f. menimbulkan rasa penerimaan
g. menimbulkan rasa percaya mempercayai
h. menimbulkan rasa keselesaan
i. menimbulkan rasa kesungguhan

Perlu difahami bahawa kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat/merenung pada biji mata klien dan pandangan tidak bergerak-gerak ke muka klien (jika ini berlaku klien cepat rasa terancam). Tetapi kaunselor menumpukan / melihat ke arah keseluruhan muka klien dan pandangan tersebut secara biasa.

SALAH TANGGAPAN BERKENAAN KAUNSELING
i. Kaunseling adalah nasihat
ii. Kaunseling hanya untuk orang bermasalah
iii. Kaunseling adalah untuk pelajar di IPT sahaja
iv. Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
v. Kaunseling boleh ubati semua masalah tingkah laku
vi. Kaunseling untuk orang kaya sahaja
vii. Kaunseling untuk murid sekolah sahaja
viii.Klien di ’Psiko’ apabila berjumpa kaunseling
ix. Apabila dah tak dapat kawal, barulah jumpa kaunselor.


ANTARA CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR
1. Berilmu dan bersifat lemah lembut
2. Bersifat pengasih dan penyayang
3. Mempunyai nilai moral yang tinggi
4. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
5. Tidak panas baran
6. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati

(Mulut manis, hati baik muka tebal)
7. Mempunyai keyakinan diri
8. Menyedari tugasnya untuk menolong bukan untuk menghukum

9. Bersifat amanah dan setia janji
10. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
11. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
12. Berkebolehan untuk meyakinan individu yang bermasalah
13. Rasa kasih dan hormat kepada orang yang mempunyai masalah.
14. Kaunselor sebagai model.

Bermaksud kaunselor belajar melalui latihan dan meniru

tingkah laku orang lain. Klein akan mencontohi sikap dan

tingkah laku kaunselor.


15. Kaunselor perlu peka terhadap nilai-nilai

16. Bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya untuk mewujudkan

model yang stabil bagi menjalinkan perhubungan dan seterusnya bantu

menyelesaikan masalah klien.
17. Kaunselor perlu ada sifat-sifat berikut: mesra, menerima, memahami,

menolong, peramah, mudah didampingi, mengambil berat tentang diri

klien, menjalinkan perhubungan yang tidak mengancam klien.

18. Berani menjalankan proses kaunseling. Bermaksud untuk menolong

individu lain kaaunselor perlu berani dan mempunyai keyakinan

diri yang tinggi.