Tuesday, October 27, 2009

TO ALL MY LOVELY STUDENTS


SELAMAT MENGHADAPI FINAL EXAM, JANGAN MACAM NI DAH LE.....

Saturday, October 10, 2009

BE FOCUS ON.....

sosiologikal, psikologikal approaches
kerjaya secara global
kesedaran kerjaya
kematangan kerjaya
super 1971 dan 1990 - DETAIL
dimensi super - detail
holland
frank parson
anne roe - detail
ginzberg
pendekatan teori-teori di atas
all inventories angagement to theories
model-model program kerjaya - detail
kerja sendiri, kerajaan atau swasta -detail
tekanan kerja - detail
kerjaya wanita
burnout - detail
orang kurang upaya
career change

Friday, October 9, 2009

BE FOCUS ON...

Dasar Sosial Negara
pendekatan teori
matlamat - panjang pendek,
intervensi teraputik
sistem keluarga
perhubungan keluarga
bentuk keluarga - detail
fungsi keluarga
Structural Family Therapy
GENOGRAM - bagaimana dikaitkan dengan hubungan emosi
Pendekatan - kemanusiaan, tingkah laku, psikoanalisa, REBT, Bowen
tema kes/masalah
isu-isu kaunseling keluarga yang dominan
semua tajuk yang telah dibincangkan should be familiar to you.

Monday, August 24, 2009

Monday, August 17, 2009

HAPPINESS

Cuba anda beri respond kepada pernyataan di bawah berdasarkan skala
1= paling rendah >>>>> 7 paling tinggi

Pernyataannya...........
1. Dalam banyak keadaan, kehidupan anda menghampiri sempurna
1 2 3 4 5 6 7
2. Kehidupan anda sangat memuaskan
1 2 3 4 5 6 6
3. Anda berpuas hati dengan kehidupan anda sekarang
1 2 3 4 5 6 7
4. Setakat ini anda telah memiliki hampir kesemua yang anda inginkan dalam kehidupan anda
1 2 3 4 5 6 7
5. Sekiranya anda dihidupkan semula, anda tidak akan membuat apa-apa perubahan
1 2 3 4 5 6 7

Simple aje kan !
Jika dah jawab, lihat jawapan anda berat ke arah kanan, tengah atau kiri.
lepas tu, fikir-fikir dan timbang-timbangkan untuk meningkat tahap HAPPINESS anda.

Tuesday, May 12, 2009

DI PUSPEN DAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH JOHOR BAHRU

KENANGAN DI PUSPEN, TAMPOI











KENANGAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH JOHOR BAHRU
























Tuesday, April 14, 2009

MIND YOUR COUNSELLING SKILLS











1. Pilih 3 tujuan proses kaunseling.
A. Perkembangan atau pembangunan diri.
B. Pencegahan perlakuan yang negatif.
C. Pemulihan perlakuan yang negatif.
D. Bimbingan perlakuan yang lemah.
2. Pilih 2 ciri-ciri peribadi yang perlu ada pada seseorang kaunselor.
i. Sifat ambil berat, lemah lembut dan penyayang.
ii. Selalu membuat penilaian awal supaya senang berhujah dengan klien.
iii. Sedia memahami pemikiran dan perasaan orang lain.
iv. Oleh kerana kesuntukan masa kaunselor mendengar apa yang sepatutnya didengar sahaja.
3. Pilih 3 BUKAN perhubungan kaunseling
A. Perhubungan terjalin antara kaunselor dan klien atas dasar hubungan professional
perkhidmat kaunseling.
B. Perhubungan antara kaunselor dengan klien hingga terjalin hubungan emosi.
C. Perhubungan yang mengaitkan unsur-unsur pemikiran dan tingkah laku klien sahaja.
D. Perhubungan yang terjalin berlandaskan kepada adat resam masyarakat.

4. Pilih 3 kemahiran kaunseling pada peringkat pra sesi.
A. Kemahiran merancang sesi yang akan dikendalikan.
B. Memikiran keselesaan klien.
C. Memikiran strategi mengkonfran klien.
D. Cuba mendapatkan maklumat umum latar belakang klien.

5. Pernyataan berikut menerangkan kemahiran yang digunakan oleh kaunselor.
".... ia mencakupi bukan sahaja mendengar dengan telinga kepada kata-kata dan mendengar dengan mata kepada bahasa gerak geri. Ia juga memerlukan kebolehan persepsi terhadap segala yang berlaku pada diri klien semasa sesi kaunseling ...”.
PILIH 2 BUKAN BERKAITAN DENGAN MENDENGAR.
A. Pemerhati mendengar sesi yang sedang berlangsung.
B. Mendengar yang positif.
C. Mendengar secara aktif.
D. Kaunselor mendengar dengan khusuk.
6. "Semasa sesi kaunseling kaunselor sukar mendengar apabila klien bercakap perlahan dan hilang kontak mata". APA YANG ANDA BOLEH FAHAM DENGAN PERNYATAAN TERSEBUT?
A. Jarak antara kaunselor dengan klien dibatasi oleh meja.
B. Klien menutup muka dengan kain kerana malu.
C. Jarak antara kaunselor dengan klien terlalu jauh.
D. Klien bisu.

7. Apakah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor dalam pernyataan berikut.
“... Kaunselor memberi respon dengan tepat dan ringkas, kaunselor memberi respon menggunakan perkataan sendiri, kaunselor memberi respon kepada apa yang klien katakan dan respon daripada kaunselor membuatkan klien berasa dirinya difahami...”
A. Adakah ia parafrasa ?
B. Adakah
ia soalan terbuka ?
C. Adakah ia menyemak persepsi ?
D. Adakah ia rumusan besar ?

8. Pilih 3 tujuan kemahiran meminta penjelasan.
A. Untuk mendapatkan pengertian bersama antara kaunselor dan klien.
B. Membantu mengurangkan kekeliruan
C. Meminta penerangan lebih lanjut fakta yang telah dicakapkan oleh klien.
D. Untuk mendesak klien menceritakan peristiwa lampaunya.

9. Pilih 3 kepentingan soalan terbuka dalam sesi kaunseling yang digunakan kaunselor.
A. Menggalakkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa berselindung.
B. Menggalakkan klien mengeluarkan pendapatnya sendiri
C. Mengembangkan perkara yang sedang dibincangkan
D. Sesuai digunakan kepada klien yang menunjukkan sikap malu.
10. Kaunselor: "Dalam pertandingan itu Kudin hanya dapat nombor 5".
A. Adakah ia parafrasa ?
B. Adakah ia menyemak persepsi ?
C. Adakah ia meminta penjelasan ?
D. Adakah ia soal terbuka ?

11. Kaunselor: "Seniwati beritahu saya Seniwati sangat menyanyangi Nabil, Nabil pernah beri hadiah loket berlian kepada Seniawati, tapi mengapa hal sekecil itu (tak beri kucing makan)Seniwati sampai maki hamun Nabil.
A. Adakah ia konfrantasi ?
B. Adakah ia refleksi isi ?
C. Adakah ia parafrasa ?
D. Adakah ia rumusan kecil ?

12. Klien (SYAKUNTALA): “Saya seorang staf okongan di sebuah agensi swasta. Setiap hari saya akan dibebani kerja oleh ketua saya sehingga membuatkan saya terlalu sibuk dan banyak menangguhkan kerja. Dalam masa yang sama saya jarang meluangkan masa untuk keluarga menyebabkan hubungan saya dengan suami dan anak-anak mulai retak. Di rumah saya lebih suka berhias diri, soal memasak no way, sya beli makanan ready made saya. Di pejabat pula ketua saya selalu main mata dengan saya dan ini menyebabkan saya teruja. Satu hari suami saya menggesa saya supaya bertukas tempat kerja". SEBAGAI KAUNSELOR CUBA ANDA BERI RESPON.................



AWAS JERANGKAP/PERANGKAP SAMAR......."
NABIL KATA " Lu Fikirlah sendiri....."
take a short break to release your tens....





Tuesday, April 7, 2009

HOT, HOTTER, HOTTEST FOR COUNSELLING SKILLS









1. All the counselling definitions
2. What is counselling process.
3. What are the appearances of the counselor should be.
4. Do you know what is counselling pre session
5. Perception of counselling.
6. The important of counselling theory in counselling services
7. What are the things or attitudes that should be "The do and The don't" during counselling session.
8. Why some people face some problems
9. The counselor attending skills
10. What do meant - active listenning skills


11. How to use these skills: reflexation, asking to elabrate, confrantation, conclusion (s/b)
12. How to make respond by using the counselling skills that you had learned.
13. The real distance between counselor and client should be during counseling session.
14. How to use the reflection skill
15. Do you know what is the effect of counselor facial appearance to the client during caunselling session.
16. How to stop/terminate the counselling session.
17. The important of communication skills in counselling.
18. When and how to use the open ended and close ended questions
19. When and how the counselling session should be terminate.
20. Be ware of "True and False" answers.
21. How to handle the refferer client.
and so on.................

Monday, March 23, 2009

CADANGAN MENAMATKAN SESI KAUNSELING

DIBUAT SETELAH KLIEN MENYATAKAN SEDIA UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAHNYA.

KEMUDIAN TANYA KLIEN –
i. Apa yang klien dapat hasil daripada perkongsian atau
perbincangan bersama kaunselor.
ii. Apa perasaan klien sekarang setelah dapat berkongsi
isu/masalah dengan kaunselor.


KAUNSELOR MEMBUAT RUMUSAN BESAR-
i. Kaunselor merumus hasil perkongsian/perbincangan.
ii. Rumuskan dalam bentuk point form.


KAUNSELOR BERIKAN PENEGUHAN/KEYAKINAN KEPADA KLIEN.
- Kaunselor nyatakan kepercayaan dan keyakinannya bahawa klien
boleh melaksanakan tindakan-tindakan yang bakal diambilnya.
- Kaunselor beri stroke/body touch kepada klien.
- bahu atau tangan atau peha. Pasti tindakan ini hanya
untuk sama jantina sahaja.


5. KAUNSELOR IMBASKAN SEMULA ETIKA KAUNSELING.
- Imbaskan etika yang penting sahaja untuk mengambarkan kepada
klien bahawa kaunselor berpegang kepada kod etika kaunseling


6. KAUNSELOR MENAMATKAN SESI.
- Kaunselor nyatakan kepada klien “jika ada perkara-perkara yang
inginkan dikongsikan lagi sila hubungi kaunselor dan kaunselor
sentiasa bersedia untuk bersama klien".


7. BERSALAMAN DAN IRINGI KLIEN KELUAR.

Releks minda anda seBentar
dengan poco poco .....boleh kan ! !

Friday, March 20, 2009

BAHASA BADAN ?




BAHASA BADAN ASAS
- Raut wajah
- Pandangan mata
- Gerak tapak tangan
- Pergerakan tangan dan lengan
- Pergerakan tangan ke muka
- Dagu dan Pipi
- Rintangan lengan
- Rintangan kaki

MENCERMINKAN PERLAKUAN (MIRRORING)
- Dalam kaunseling keupayaan ini antara yang terpenting bagi mewujudkan empati dan persefahaman.
- Secara sedar atau luar sedar
- Menunjukkan minat dan membina rapport yang baik
- Elakkan mencerminkan perlakuan negatif kerana akan berlaku penolakkan

KOMUNIKASI BUKAN LISAN IALAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN BUKAN MELALUI TUTUR KATA TETAPI MELALUI EKSPRESI MUKA, PANDANGAN MATA DAN GERAK GERI. IA DITUNJUKKAN SECARA KERAP DAN NYATA TETAPI KAUNSELOR TIDAK SEDAR. KESEDARAN DAN KEFAHAMAN BERKAITAN MAKNA KOMUNIKASI BUKAN LISAN AMAT PENTING DALAM PROSES MENOLONG.

Egan (1990) mengunakan akronim SOLER sebagai singkatan bagi kemahiran bukan lisan untuk kaunselor.
S = face the client squarely – cara kedudukan antara kaunselor dengan klien. Setting kedudukan mesti memberi keselesaan kepada klien.

O = Adopt and open posture – kaunselor menunjukkan satu pasteur tubuh badan yang terbuka dan menunjukkan isyarat menerima klien seadanya. Posteur badan yang tertutup – kaunselor berpeluk tubuh, bercakap sambil buat kerja lain, menyilang kaki di sebelah lutut, halangan meja, buku , fail bersepah.

L = leaning forward – Kaunselor mencondongkan atau menghala kepada klien. Ini bertujuan untuk menunjukkan kemesraaan dan penerimaan kaunselor kepada klien. Amat tidak sesuai dilakukan jika kaunselor duduk menyandar ke belakang, meletakkan tangan di tengkok dan menyandar, menggoyang badan ke kiri dan ke kanan kerana ini menandakan sifat tidak mesra klien.

E = eye contact – pandangan kaunselor kepada klien, memandang wajah bukan merenung mata. Elakkan daripada: Menenung dengan tajam, merenung tidak berhenti-henti, memakai kaca mata hitam, memejamkan mata sambil bercakap, memandang tetapi pandangan kosong atau memikirkan yang lain.

R = relax – kaunselor perlu mempamerkan diri yang releks semasa dalam sesi kaunseling. Jangan bawa hal atau peristiwa di luar sesi bila bersa klien. Gangguan semasa sesi - kaunselor yang selalu melihat jam, teringat perkara lain, gangguan telefon, ada orang menunggu di luar, bilik sering diketuk.
I do hope u all try "SOLER" approach.

Sunday, March 8, 2009

REFLEKSI DALAM PROSES SESI KAUNSELING

Refleksi merupakan satu usaha kaunselor memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. Kemahiran refleksi digunakan oleh kaunselor untuk menjelaskan semula idea yang sukar difahami yang dinyatakan oleh klien. Ia membantu menjelaskan kekusutan. Oleh itu, kaunselor aturkan semula idea klien secara ringkas. Ada dua bentuk refleksi – refleksi isi, refleksi pengalaman dan refleksi perasaan. Jika klien belum bersedia, kaunselor refleksi isi dahulu.

Refleksi isi – Kaunselor membuat parafrasa isi kemudian tanya betul atau tidak. Kaunselor menyatakan semula mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semua oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat.

Kesan refleksi isi:
1. Klien berasa didengari oleh kaunselor dengan betul
2. Klien berasa dirinya difahami oleh kaunselor
3. Klien mendengar semula apa yang sedang dikatakannya dan menyemak kesahihan fakta tersebut
4. Membantu menyemak persepsi kaunselor.

Tindakan kaunselor semasa membuat relfeksi
1. Jangan membuat refleksi isi terlalu panjang
2. Jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang seperti:
3. Boleh digunakan, tetapi elakkan menyebutnya berulang-ulang.”Saya dengar...........”
4. Tidak perlu membuat refleksi kepada setiap kenyataan yang disampaikan oleh klien.

Refleksi perasaan – Refleksi perasaan digunakan supaya klien tahu bahawa kaunselor mengikut perkembangan cerita klien. Kaunselor memberi fokus kepada perasaan. Kaunselor ulang semula kata-kata (perasaan) klien atau katakan semula kata-kata yang tersirat. Kesannya klien akan sedar perasaannya sendiri.

Refleksi pengalaman – Kaunselor refleks pengalaman yang sedang dialami oleh klien semasa bersama dengan kaunselor. Kaunselor perhatikan gerakgeri non verbal klien dan kaunselor nyatakan perasaan yang dialami oleh klien dari pemerhatian kaunselor.


Perkara yang perlu dielakkan semasa membuat refleksi.
- Jangan buat refleksi bagi setiap ayat klien.
- Refleksi pada intipati kata-kata klien.
- Jangan buat refleksi perasaan yang mendalam jika klien belum bersedia.

Cuba anda buat contoh refleksi isi atau perasaan, fikirkan semula menjadi tak, kalau tak menjadi bincang semula dengan rakan anda, kalau tak menjadi juga cuba tanya AHAHA.

Saturday, March 7, 2009

JARAK & PENAMPILAN DIRI



Jarak Antara Kaunselor Dengan Klien
Manusia berkomunikasi melalui ruang. Penggunaan ruang yang berubah-ubah merupakan nada dalam komunikasi. Setiap individu mempunyai ruang tidak formal sekeliling tubuhnya. Ruang itu membesar dan mengecil bergantung pada keadaan. Kaunselor perlu mengurus ruang untuk menentukan proses kaunseling dapat berjalan dngan baik berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor perlu peka tentang perkara-perkara yang melibatkan jarak atau ruang antaranya agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.

Melalui jarak ini kaunselor dapat memerhati dan memahami mimik muka klien dan pakaian klien.
Tanda-tanda terlalu hampir ialah:
- Terbau akan bau badan atau mulut klien.
- Rasa terperangkap atau lemas,
- Terasa tarikan dan hembusan nafas klien
- Klien kelihatan resah dan memalingkan muka.
Tanda terlalu jauh ialah:
- Susah mendengar apabila klien bercakap dengan suara yang perlahan.
- Tidak kelihatan memek muka
- Hilang kontak mata
- Terasa wujud jarak emosi.
Cara menentukan jarak:
Jemput klien duduka dahhulu kemudian baru kaunselor membetulkan jarak yang sesuai.

Penampilan Diri Kaunselor
Pandangan pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien hendaklah berpakaian menikut norma-norma tempatan.
Penampilan diri yang menggangu tumpuan klien
- Bau minyak wangi yang terlalu kuat
- Pakaian yang menjolok mata
- Berpakaian selekeh, kotor dan bau busuk
- Janggut atau jambang dan misai yang tidak terurus.
(keadaan tersebut boleh menimbulkan jarak psikologi atau rasa terancam kepada diri klien dan ini akan mengubah konsentrasinya).

Ekspresi Muka Atau Wajah
Ekpresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Adalah penting kepada kaunselor peka kepada:-
- mesej yang dilahirkan melalui wajah klien dan juga
- mesej yang dilahirkan melalui wajah kaunselor sendiri.

Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka, hidung dan warna yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Contohnya, muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi wajah yang tidak sama dengan perkataan menimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Contohnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan atau perhubungan yang baik.

Pandangan Mata Atau Kontak Mata
Antara fungsi dan kesan pandangan mata atau kontak mata
a. memberikan perhatian
b. menunjukkan minat
c. menunjukkan tanda hormat
d. menggalakkan perundingan
e. menggalakkan luahan perasaan yang jujur
f. menimbulkan rasa penerimaan
g. menimbulkan rasa percaya mempercayai
h. menimbulkan rasa keselesaan
i. menimbulkan rasa kesungguhan

Perlu difahami bahawa kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat/merenung pada biji mata klien dan pandangan tidak bergerak-gerak ke muka klien (jika ini berlaku klien cepat rasa terancam). Tetapi kaunselor menumpukan / melihat ke arah keseluruhan muka klien dan pandangan tersebut secara biasa. Peringatan:
a. Jangan pejamkan anda semasa sesi pertemuan dengan klien
b. Jangan melihat terlalu tajam ke mata klien
c. Jangan memakai cermin mata hitam
d. Jangan melarikan pandangan mata ke arah lain ketika sesi kaunseling dijalankan.
e. Jangan memandang kosong
f. Jangan selalu sangat melihat jam

REFLEKSI KEMAHIRAN PRA SESI

PROSES KAUNSELING
Proses kaunseling ada beberapa tahap atau peringkat. Tetapi untuk membahagikan jenis-jenis kemahiran mengikut tahap dalam proses kaunseling agak sukar. Ini adalah kerana walau apa pun tahap atau peringkat proses kaunseling ia memerlukan seseorang kaunselor menggunakan kemahiran secara menyeluruh atau secara kontinum atau timbal balik. Matlamatnya satu iaitu menolong klien menyelesaikan persoalan yang dihadapi. Tetapi untuk tujuan keperluan latihan, adalah perlu untuk mengetahui pembahagian kemahiran kaunseling mengikut beberapa tahap.

KEMAHIRAN PRASESI
Kemahiran pra sesi bermaksud tahap awal sebelum seseorang kaunselor mengendalikan sesi kaunseling sama ada untuk klien yang datang secara dirujuk atau yang sukarela. Antara kemahiran-kemahiran yang perlu difikirkan adalah:
i. Perancangan Prasesi
ii. Keselesaan Klien
iii.Pertimbangan Untuk Memulakan Sesi Kaunseling. Perkara-perkara yang perlu
dipertimbangkan:-
- Pertemuan atau pandangan pertama
- Kepakaran kaunselor
- Adakah klien datang secara sukarela atau secara dirujuk
- Maklumat umum latar belakang klien
- Kesihatan mental secara am.

Thursday, March 5, 2009

GLADING KATA......

Glading (1996) proses kaunseling adalah bersifat jangka pendek dan berlandaskan teori. Secara khususnya, Gladding menulis bahawa kaunseling mempunyai ciri-citi berikut:
i. Memfokuskan kepada membantu manusia membuat perubahan.
ii. Sebagai suatu profesion
iii. Mengendalikan masalah peribadi, sosial, vokasional, pendayaupaya dan masalah pendidikan.
iv. Membantu manusia yang dikatakan ”normal”
v. Berasaskan teori kaunseling dan berstruktur
vi. Mengajar klien membuat keputusan.
vii. Melibatkan beberapa kepakaran seperti pendidikan, sosiologi, psikologi, komunikasi, kajian keluarga dan lain-lain berkaiatan pembangunan manusia.

Ahaha pula berpendapat kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong yang melibatkan:
Individu yang ingin mendapatkan pertolongan, individu lain yang sanggup memberikan pertolongan, individu yang berkebolehan dan terlatih untuk memberikan pertolongan menggunakan pendekatan dan proses kaunseling dan kaunseling dijalankan dalam suasana yang sesuai untuk memberi dan menerima pertolongan.

Seperkara lagi mengapa klien perlu dibantu ?
Pertama ada klien yang tidak dapat menguruskan atau menangani situasi atau masalah dengan berkesan. Contohnya; i. dalam hal perhubungan – berlaku konflik dalam diri, konflik antara individu, keluarga, kerja, masyarakat dan lain-lain. iii. Cara hidup – perlukan bantuan untuk hidup. Keduanya ada klien yang tidak dapat memanfaatkan peluang-peluang atau bakat yang ada di dalam dirinya. Contohnya; hal-hal peribadi – keyakinan diri, sikap, konsep kendiri dsb.

Apa pendapat you all tentang kaunseling ?

Tuesday, March 3, 2009

ANTARA CIRI-CIRI KAUNSELOR BERKESAN

CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR
1. Berilmu dan bersifat lemah lembut
2. Bersifat pengasih dan penyayang
3. Mempunyai nilai moral yang tinggi
4. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
5. Tidak panas baran atau bengis
6. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati
7. Mempunyai keyakinan diri
8. Menyedari diri bahawa tugasnya untuk menolong
9. Bersifat amanah dan setia janji
10. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
11. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
12. Berkebolehan untuk meyakinan individu yang bermasalah
13. Rasa kasih dan hormat kepada diri sendiri dan orang yang mempunyai masalah.
14. Kaunselor sebagai model.
15. Perhubungan kaunselor klien terjalin atas dasar profesional kaunseling.
16. Keberanian menjalankan proses kaunseling.

PERANAN KAUNSELOR DAN KLIEN
Kaunselor : penerimaan tanpa syarat, tidak menghukum (non judgemental), empati, ketulinan, kemesraan, ketepatan, kesedaran diri (self awareness) dan minat.
Klien: percaya dan yakin terhadap kaunselor

Kepekaan kaunselor terhadap dirinya.
Kejayaan sesuatu sesi kaunseling sebahagian besarnya bergantung kepada sifat, sikap dan tingkah laku kaunselor. Ini sangat penting. Klien peka dan berindak mengikut kontak mata, posture, panjang @tau pendek, cepat atau lambat kaunselor memberi respon. Cara-cara kaunselor mencelah, kadar percakapan dan kualiti suara juga amat penting.

Saturday, February 28, 2009

KOG 3202


Dalam sesi kaunseling, tugas utama kaunselor adalah mengenalpasti masalah sebenar klien
dan menggunakan kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling yang bersesuaian untuk
membantu klien mencari penyelesaian.
Semua kemahiran dan teknik ini digunakan oleh kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling
dengan lancar dan berkesan.

Antara kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan ialah:

— Kemahiran Mendengar
— Kemahiran Refleksi
— Kemahiran Menyoal
— Teknik Membuat Rumusan
— Kemahiran Memberi Maklumat
— Kemahiran Memberi Fokus
— Kemahiran Mentafsir
— Kemahiran Memulakan Sesi
— Kemahiran Menyelesaikan Masalah
— Kemahiran Menamatkan Sesi
Peranan kaunselor
Keberkesanan khidmat kaunseling merupakan ukuran profesion ini. Seseorang kaunselor yang profesional mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti:
i) Kemahiran kompetensi (kemahiran asas
kaunseling dan teknik-teknik kaunseling)
ii) Kemahiran mengkonsepsikan kes
(mengenalpasti masalah sebenar klien)
iii) Kemahiran pengurusan kes
iv) Kemahiran bekerjasama dengan
ahli profesional lain
v) Kemahiran pemeliharaan dan
penjagaan keselamatan rekod
kaunseling.

Penampilan Diri Kaunselor
Pandangan pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien hendaklah berpakaian menikut norma-norma tempatan.

Penampilan diri yang menggangu tumpuan klien
- Bau minyak wangi yang terlalu kuat
- Pakaian yang menjolok mata
- Berpakaian selekeh, kotor dan bau busuk
- Janggut atau jambang dan misai yang tidak terurus.
(keadaan tersebut boleh menimbulkan jarak psikologi atau rasa terancam kepada diri klien
dan ini akan mengubah konsentrasinya).

Ekspresi Muka Atau Wajah
Ekpresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Adalah penting kepada kaunselor peka kepada:-
- mesej yang dilahirkan melalui wajah klien dan juga
- mesej yang dilahirkan melalui wajah kaunselor sendiri.

Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka, hidung dan warna yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Contohnya, muka menjadi merah ketika marah atau malu.

Ekspresi wajah yang tidak sama dengan perkataan menimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Contohnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan atau perhubungan yang baik.

Pandangan Mata Atau Kontak Mata
Antara fungsi dan kesan pandangan mata atau kontak mata
a. memberikan perhatian
b. menunjukkan minat
c. menunjukkan tanda hormat
d. menggalakkan perundingan
e. menggalakkan luahan perasaan yang jujur
f. menimbulkan rasa penerimaan
g. menimbulkan rasa percaya mempercayai
h. menimbulkan rasa keselesaan
i. menimbulkan rasa kesungguhan

Perlu difahami bahawa kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat/merenung pada biji mata klien dan pandangan tidak bergerak-gerak ke muka klien (jika ini berlaku klien cepat rasa terancam). Tetapi kaunselor menumpukan / melihat ke arah keseluruhan muka klien dan pandangan tersebut secara biasa.

SALAH TANGGAPAN BERKENAAN KAUNSELING
i. Kaunseling adalah nasihat
ii. Kaunseling hanya untuk orang bermasalah
iii. Kaunseling adalah untuk pelajar di IPT sahaja
iv. Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
v. Kaunseling boleh ubati semua masalah tingkah laku
vi. Kaunseling untuk orang kaya sahaja
vii. Kaunseling untuk murid sekolah sahaja
viii.Klien di ’Psiko’ apabila berjumpa kaunseling
ix. Apabila dah tak dapat kawal, barulah jumpa kaunselor.


ANTARA CIRI-CIRI PERIBADI KAUNSELOR
1. Berilmu dan bersifat lemah lembut
2. Bersifat pengasih dan penyayang
3. Mempunyai nilai moral yang tinggi
4. Sabar dan tenang fikiran, tidak gopoh dan tidak gemuruh
5. Tidak panas baran
6. Manis lidah, tidak celupa dan bersih hati

(Mulut manis, hati baik muka tebal)
7. Mempunyai keyakinan diri
8. Menyedari tugasnya untuk menolong bukan untuk menghukum

9. Bersifat amanah dan setia janji
10. Tidak mudah jemu dan tidak mudah bosan
11. Bijak menggunakan kata-kata halus dan menyenangkan hati orang lain
12. Berkebolehan untuk meyakinan individu yang bermasalah
13. Rasa kasih dan hormat kepada orang yang mempunyai masalah.
14. Kaunselor sebagai model.

Bermaksud kaunselor belajar melalui latihan dan meniru

tingkah laku orang lain. Klein akan mencontohi sikap dan

tingkah laku kaunselor.


15. Kaunselor perlu peka terhadap nilai-nilai

16. Bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya untuk mewujudkan

model yang stabil bagi menjalinkan perhubungan dan seterusnya bantu

menyelesaikan masalah klien.
17. Kaunselor perlu ada sifat-sifat berikut: mesra, menerima, memahami,

menolong, peramah, mudah didampingi, mengambil berat tentang diri

klien, menjalinkan perhubungan yang tidak mengancam klien.

18. Berani menjalankan proses kaunseling. Bermaksud untuk menolong

individu lain kaaunselor perlu berani dan mempunyai keyakinan

diri yang tinggi.

Friday, February 27, 2009

MEMBINA HUBUNGAN DALAM SESI KAUNSELING


Membina hubungan bermaksud hubungan yang teraputik dan kondusifyang dirasai oleh klien semasa sesi berlangsung. Pada ketika ini kaunselor lebih memberikan peransang dan tenang kepada klien. Kaunselor perlu menunjukkan rasa kemesraan, penerimaan, serta tingkahlaku yang meyakinkan diri klien. Berikut ialah beberapa kemahiran membina hubungan;

Pastikan tempat yang selesa dan sesuai. Susunan dalam bilik mesti selesa serta kerusi untuk klien duduk dalam jangka masa yang panjang. Ini penting kerana bagi pelajar sekolah jangka masa sesuatu sesi lebih kurang 45 minit, orang dewasa antara 45 – 60 minit. Malah berlaku juga sesi kaunseling untuk orang dewasa melebihi 1jam 30 minit, bergantung kepada kes.

Bilik sesi kaunseling tidak terganggu dengan bunyi bising, tidak dekat tandas, keluasan bilik yang selesa dan, keadaan dalam bilik tidak panas dan tidak terlalu sejuk, tidak terlalu banyak gambar, menyediakan bau-bauan yang menyelesakan, kertas tisu. Buku-buku dan fail tidak bertimbun di atas meja.

Memulakan Sesi Perbualan
Mempelawa klien
untuk berbual setelah klien diberikan ucapan, dipersilakan masuk dan duduk sepotong ayat atau kenyataan atau social talk atau soalan boleh dikemukan yang membawa maksud bahawa kedatangannya itu dialu-alukan, dia diterima dan mempunyai hak untuk menyatakan malasah. Kenyataan ini juga membayangkan kaunselor bersedia untuk mendengar dan menolong. Dalam hal ini gaya gerakgeri dan nada suara kaunselor penting:

Perkara yang perlu dielakkan antaranya:
a. Terlalu banyak soalan yang bertuturan.
b. Permulaan yang stereotype juga perlu dielakkan.
c. Unsur jenaka yang tidak ilkhlas perlu dielakkan.
d. Elakkan perkataan masalah, runsing, bimbang dan dsb.
e. Kecuali jika klien sudah menggunakannya.

Contoh-contoh soalan yang sesuai digunakan........
i. Bagaimana saya boleh membantu Julia,
ii. Cuba ceritakan apa yang menyusahkan Rosnanina,
iii. Encik Kamal kata ada perkara yang tidak menenangkan fikiran encik Kamal, boleh kita
kongsikan bersama ............
iv. Saya lihat Ai Ling sentiasa menung, apa yang sedang Ai Ling fikirkan.


Menstruktur sesi
Mengikut pendapat Brammer menstruktur sesi ialah peringkat pertama dalam perkembangan proses kaunseling. Ia diistilahkan sebagai: Kemasukkan atau penerimaan, Mengenalpasti masalah dan menstruktur – iaitu dari segi masa, keikhlasan,kerahsiaan.
seterusnya akan dibincangkan......................

Saturday, February 7, 2009

sekali sekala kita semua perlu begini.

Wednesday, February 4, 2009

TIPS TO REDUCE STRESS

Here are ways to reduce stress:

Stress juga adalah sebarang bentuk tekanan yang dapat mempengaruhi kehidupan seharian seseorang.Ia boleh memberikan kesan kepada kesihatan seseorang secara negatif atau positif dan ini bergantung kepada bagaimana seseorang itu bertindakbalas kepada faktor atau rangsangan yang menyebabkan ia tertekan.



Stress can make you feel nervous, sad or depressed. You may worry a lot about your family, work and money problems. Living with these struggles every day can leave you tired, nervous and feeling that there is no way out of your situation.
1. Take
a few deep breaths. This makes you breathe slower and helps your muscles relax. 2. Exercise - take a walk during the day.
3. Think positive. Remember the things that are good in your life.
4. Count to ten. This makes you stop and relax before you react to the stressful situation.
5. Take a good stretch. Stretching makes muscles relax and helps you feel less tense.
6. Massage the tense muscles. The muscles in the back of your neck and upper back usually get tense when you are stressed.
7. Take hot baths or showers to help you relax.
8. Listen to good music.

AMALAN BUDI BAHASA

Kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kita akan muncul, jika sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti mulia, berbudi tinggi dan berbahasa baik. Pembangunan modal insan menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran… tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan

Pembangunan seimbang bukan sahaja mengambil kira dimensi ekonomi, tetapi juga mentaliti yang tinggi. Pengamalan etika dan budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adab sopan yang terpuji berupaya menaikkan nama Malaysia

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat.
Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang budiman

Wednesday, January 28, 2009

TIPS MENGENDALIKAN SESI KAUNSELING

KONGSI MAKLUMAT:

Dalam sesi kaunseling,
tugas utama kaunselor adalah mengenalpasti masalah sebenar klien dan menggunakan kemahiran asas kaunseling dan teknik kaunseling yang bersesuaian untuk membantu klien mencari penyelesaian. Semua kemahiran dan teknik ini digunakan oleh kaunselor untuk menjalankan sesi kaunseling dengan lancar dan berkesan.


Antara kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan ialah:
— Kemahiran Mendengar
— Kemahiran Refleksi
— Kemahiran Menyoal
— Teknik Membuat Rumusan
— Kemahiran Memberi Maklumat
— Kemahiran Memberi Fokus
— Kemahiran Mentafsir
— Kemahiran Memulakan Sesi
— Kemahiran Menyelesaikan Masalah
— Kemahiran Menamatkan Sesi



Terdapat pelbagai teknik kaunseling yang boleh digunakan oleh seseorang kaunselor. Antaranya ialah:
— Pendekatan Person-Centered
— Pendekatan Gestalt
— Pendekatan Terapi Kognitif Tingkah Laku
— Pendekatan Terapi Solution-Focused
— Pendekatan Terapi Psikoanalitik
— Pendekatan Terapi Tingkah Laku
— Pendekatan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku
— Pendekatan Terapi Realiti dan Teori Pilihan
— Lain-lain

Peranan kaunselor kian penting dan keberkesanan khidmat kaunseling merupakan ukuran profesion ini. Seseorang kaunselor yang mesti mempunyai kemahiran-kemahiran seperti:
i) Kemahiran kompetensi (kemahiran asas kaunseling dan teknik-teknik kaunseling)
ii) Kemahiran mengkonsepsikan kes (mengenalpasti masalah sebenar klien)
iii) Kemahiran pengurusan kes
iv) Kemahiran bekerjasama denganahli profesional lain
v) Kemahiran pemeliharaan dan penjagaan keselamatan rekod kaunseling

SEDIAKAN:
• Bbuk log
• Borang kermasukan
• Borang persetujuan mengikuti sesi kaunseling
• Ada format merekod kes klien - contohnya format D.A.R.T. yang saya telah bincang terdahlu.


PASTIKAN ANDA MINAT MEMBANTU ORANG LAIN, MANA TAU SATU MASA NANTI ANDA MEMERLUKAN BANTUAN DARIPADA ORANG LAIN PULA.

Saturday, January 24, 2009

TIPS ALTERNATIF MENGATASI KEBOSANAN HIDUP

1. PERLU CARI PUNCA KEBOSANAN YANG KITA HADAPI (KONSEP BONGKAH AIS DI LAUTAN).
2. CARI APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN BILA KEBOSANAN MELANDA HIDUP KITA.
3. PERLU TUKAR RUTIN HIDUP KITA SEHARI-HARI DAN SUSUN SEMULA CARA HIDUP KITA.
4. MEREKA YANG HIDUP DALAM "WELL ORGANISE" BOLEH MENGHINDARI RASA BOSAN.
5. BILA RASA BOSAN TIMBUL, KITA MUDAH MELUAT DENGAN ORANG LAIN, KITA RASA BOSAN, KITA SEBENARNYA BOSAN DENGAN DIRI KITA SENDIRI.
6. GAYA HIDUP KENA UBAH, GAYA HIDUP YANG TERLALU MUDAH DAN LEMBAB BOLEH MENYEBABKAN KEBOSANAN. TIDAK ADA CABARAN DALAM HIDUP JUGA MENYEBABKAN KITA RASA TIDAK SERONOK. TIDAK SERONOK INI MENYEBABKAN KITA BOSAN. OLEH ITU, CUBA CIPTA SENDIRI KESERONOKAN DALAM HIDUP.
7. KENA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG CERIA. KALAU KITA BERKAWAN DENGAN ORANG YANG MURUNG, KITA AKAN JADI MURUNG. KEMURUNGAN INI MENJURUSKAN KEBOSANAN DALAM HIDUP.

Wednesday, January 21, 2009

ASAS MEMBINA PASUKAN / GROUP STUDY SATU PEMAHAMAN

Berpaksi “A” (Attitude)

Faktor Dalaman
Hati yang sakit
Dendam, malas, lembu kenyang,
Kuman diseberang …….
Menyalahkan/‘do right things’
Hati yang hidup
Mesra, menerima, memahami dan menolong (4 M)
Mulut manis, muka tebal dan hati baik
‘do things right’
Perasaan nak menolong
Hati yang mati
Ayam berak kapor
Teratai layu ditasik madu
Tunggul kayu mati.
Tenggiling.
Anutan etika kerja yang bermakna dan berkesan

Berpaksi “A” (Attitude)
Ringan tulang
Tidak mengawal orang lain
Tidak merungut bila diberi tugasan
Pakaian dan penampilan diri
Wajah ceria
Tuturkata bersopan
Mudah didekati

Berpaksi “S” (Skill)
Skil mesra dengan orang lain.
Rakan baru
Rakan lama
Skil memahami orang lain.
Skil menolong orang lain.
Skil membuat keputusan.
Skil memilih keutamaan.
Skil tegas diri.

Berpaksi kepada “K” (Knowledge)
Pengetahuan akademik
Pengetahuan umum
Sumber pengetahuan
Kursus-kursus
Rakan
Pembacaan

Monday, January 19, 2009

FORMAT D.A.R.T.

Al- kisah, ramai juga yang call saya berminat nak tau D.A.R.T. tapi
bukan niat AHAHA nak menunjuk-nunjuk pandai, cuma rasanya terpanggil nak kongsi idea mudah dan berkesan untuk sediakan laporan sesi kaunseling individu, satu lagi nak ajak yang budiman di luar sana sama-sama layari blog saya, tu jeeee......... atas permintaan di sini disediakan ringkasnya, kalu nak tau panjang lebar, kena masuk kuliah semulalah jawabnya.........

FORMAT LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nota Kes Dan Nota Kemajuan Berbentuk Struktur
— Format DART
D = Penerangan tentang klien dan situasi (Description of the client and situation)
A = Penaksiran tentang situasi (Assessment of the situation)
R = Respon kaunselor dan klien (Response of the counselor and the client)
T = Rawatan kaunseling dan perancangan (Treatment implication and plan)


Contoh format nota laporan sesi D.A.R.T.:
D: Penerangan tentang klien dan situasi (Description of the client and situation)
Contoh
Klien hadir tepat pada masanya. Baju kurung dan tudung klien nampaknya berkedut. Air
mukanya seolah-olah terkawal dan senyumannya juga kelihatan dibuat-buat. Walau
bagaimanapun, klien sebak dan menitiskan air mata dua kali semasa sesi. Perhatian klien
terganggu beberapa kali tanpa rangsangan luaran. Klien mengatakan beliau sering menangis
selama dua bulan, tidak gembira, rasa takut, dan tidak ada minat untuk membuat apa-apa.
Klien mengalami kemurungan. Secara keseluruhan, penampilan klien hari ini tidak banyak
berbeza dengan penampilan semasa sesi temu bual permulaan.

A: Penaksiran tentang situasi (Assessment of the situation)
Contoh
Ujian Inventori : contohnya guna Kemurungan Beck (BDI) atau apa-apa soalselidik atau
senarai semak pun boleh dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemurungan klien. Didapati
klien mengalami kemurungan sederhana. Daripada jawapan klien, klien tiada pemikiran dan
rancangan untuk membunuh diri dan klien tahu masalahnya diakibatkan oleh kerisauan
terhadap kerjaya dan perasaan sepi.

R: Respon kaunselor dan klien (Response of the counselor and the client)
Contoh
Klien menyatakan dia tidak pernah mengalami episod kemurungan yang teruk seperti kini.
Klien mengakui bahawa dia pernah mengalami “kesedihan yang teramat sangat” semasa
penceraian ibu bapa lima tahun lepas tetapi hanya untuk tempoh masa yang singkat sahaja.
Topik yang menjadi tumpuan sesi ini contohnya ialah (i) kerisauannya terhadap kerjaya, dan
(ii) perasaan kesepian. Klien menyatakan bahawa dia gagal menjalankan kerjanya mengikut
kehendak dan kualiti yang dikehendaki. Klien bimbang dengan penilaian prestasi tahunannya
yang akan datang. Klien juga berasa sepi kerana tiada kawan yang dia dapat berkongsi
perasaan dan mengadu masalahnya.

T: Rawatan kaunseling dan perancangan (Treatment implication and plan)
Contoh
Pada sesi kaunseling yang berikutnya, tumpuan akan diberi kepada kekuatan dan kemahiran
yang sedia ada pada klien bagi menangani masalah risau tentang kerjanya yang dihadapi
(iaitu penilaian prestasi tahunan). Penumpuan ini membantu pembentukan perancangan
intervensi dan tindakan. Matlamat kaunseling adalah untuk (i) membantu klien memikirkan
tindakan yang boleh diambil untuk menjalankan tugas-tugas di pejabat dengan lebih
berkesan; (ii) mengenalpasti 2-3 orang rakan sejawat yang dapat membantunya; (iii)
mengenalpasti 2-3 orang kawan yang dia boleh telefon untuk berkongsi pemikiran dan
perasaan; (iv) mengenalpasti strategi untuk mendapat peluang bertemu dan berinteraksi
dengan kawan baru (lelaki dan perempuan).
video klip di bawah ni hanya selingan je...
SESI MERAPU.......

Sunday, January 18, 2009

Format DART










.
.
Pelajar SM 8 yang sedang praktikum
Bila anda hendak membuat laporan sesi kaunseling individu, anda dicadangkan menggunakan format DART. Format ini saya rasa lebih memudahkan anda faham tentang perjalanan tindakan anda mengurus kes kliien anda.
.
Format DART bermaksud..........

D = Descrition of the client and situation
( penerangan tentang klien dan situasinya atau latar
belakang masalah klien)
A = Assessment of the situation
(penaksiran tentang situasi atau tema permasalahan klien), ini
lebih cantik hasilnya jika anda menggunakan soalselidik atau senarai semak
R = Response of the counselor and the client
(respon kaunselor dan klien).
T = Treatment and plan
(perancangan rawatan kaunseling - apa teori yang digunakan,
apa teknik yang digunakan, kemahiran yang digunakan)
>>>
Ini cadangan AHAHA je, kalau sesiapa yang nak cuba format ini, tolong beri respon, detailnya akan diterangkan......

seterusnya akan dibincangkan jika ada yang berminat..............

Saturday, January 17, 2009

The Bar On Emotional Quotion (EQ)


Nama Anda: ………………………………………… Tarikh : ……...………..

Skala
Rendah......................Sederhana................... Tinggi
1....... 2...... 3...... 4...... 5...... 6...... 7...... 8...... 9...... 10

Berdasarkan skala di atas, sila jawab pernyataan EQ di bawah. Letakkan 1 untuk terendah dan 10 untuk tertinggi, kemudian campurkan nilai-nilai tersebut. SELAMAT MENCUBA....

Bil . . . Pernyataan Emotional Quotion (EQ)
1 Saya sedar dan faham keadaan emosi diri sendiri (Emotional Self Awareness) - ( )

2 Saya tahu melahirkan emosi secara konstruktif /terkawal (Assertiveness) - ( )

3 Saya mampu berdikari dan tidak bergantung kepada emosi orang lain (Independence) -( )

4 Saya mampu menerima dan menghormati diri sendiri (Self-Regard) - ( )

5 Saya bersemangat untuk mencapai matlamat tugasan saya (Self-Actualization) - ( )

6 Saya boleh memahami perasaan orang lain (Empathy) - ( )

7 Saya boleh memenuhi tanggungjawab sosial (Social Responsibility) - ( )

8 Saya boleh berhubung baik dengan orang lain (Interpersonal Relationships) - ( )

9 Saya boleh bantu menyelesaikan masalah rakan sekerja (Problem Solving) - ( )

10 Saya mampu mengesahkan perasaan diri saya secara jelas (Reality Testing) - ( )

11 Saya boleh mengubahsuai perasaan dan pemikiran terhadap situasi baru (Flexibility) - ( )

12 Saya boleh mengurus tekanan emosi saya dengan berkesan (Stress Tolerance) - ( )

13 Bila tertekan saya mampu mengawal emosi saya (Impulse Control) - ( )

14 Saya boleh melahirkan rasa kegembiraan yang sedang saya alami (Happiness) - ( )

15 Saya berasa yakin apa yang dirasakan optimis tercapai (Optimism) - ( )

Jumlah skor anda:...........

Analisis :
0 - 50 : EQ RENDAH
51 - 100 : EQ SEDERHANA
101 - 150 : EQ TINGGI

SILA JAWAB & TUNGGU SEKEJAP JE....


Friday, January 9, 2009

HULURKAN BANTUAN

YA ALLAH SELAMATKAN RAKYAT DAN BUMI FILISTINIM.
KITA SEHARUSNYA TIDAK SEKADAR SIMPATI KEPADA SAUDARA KITA UMAT FILISTINIM, BUKTIKAN EMPATI KITA KEPADA MEREKA. KETEPIKAN SEKETIKA FAKTOR AGAMA TETAPI FAKTOR SOKONGAN PERJUANGAN HAK KEDAULATAN DAN KEBEBASAN MANUSIA SEJAGAT DARIPADA KEGANASAN DAN KEKEJAMAN ISRAEL DAN SEKUTUNYA.

SAMA-SAMA KITA GANDING BAHU LAKUKAN SESUATU......... SEKURANG-KURANGNYA TURUT SERTA DALAM KEMPEN RAKYAT MALAYSIA MEMBOIKOT SEGALA BARANGAN YANG ADA KAITAN DENGAN ZIONIS ISRAEL.
ayuh ! rakyat Malaysia.........

ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR.
RINTIHAN ANAK PELASTINE,

DOA ANAK PELASTINE
Peranan Kaunselor Komuniti
• Memberi perkhidmatan kaunseling kepada:
i. Golongan rakan sekerja di jabatan
ii. Pelatih-pelatih di institusi pemulihan
iii. Penghuni rumah kanak-kanak
iv. Masyarakat umum
• Merancang dan melaksana Bengkel Interaktif yang dirujuk
• Merancang dan melaksana bengkel/kursus yang berkaitan
dengan perkhidmatan kaunseling dengan bantuan Unit
Latihan,
Tiga Kategori Aktiviti :
A. Kaunseling
- Kaunseling individu
- Kaunseling kelompok
- Kaunseling keluarga
- Kaunseling perkahwinan
- Menjalankan intervensi krisis/trauma
- Menjalankan perundingan psikologi/keluarga
- Mengendalikan ujian psikologi
B. Bengkel Interaktif
- Bengkel Interaktif
- Membuat pra penaksiran melalui temubual awal, ujian psikologi, penilaian
keluarga,perundingan keluarga
- Membuat intervensi melalui kaunseling, bengkel, atau retreat keluarga
- Membuat pos penaksiran melalui temuramah, ujian psikologi, penilaian keluarga dan
perundingan keluarga.
- Menyediakan laporan kemajuan klien.

C. Outreach
- Memberi ceramah
- Fasilitator kursus
- Membuat kertas kerja,kertas cadangan atau kertas konsep
- Menulis artikel/rencana
- Menyelaras program
- Perbincangan kes (kes konferens)
- Membuat kajian kes
- Menjalankan kajian
- Lawatan kerja
- Konsultasi
- Menyediakan kurikulum kursus

Perkhidmatan kaunseling yang dijalankan merangkumi aspek:
i. Perkembangan
ii. Pencegahan
iii. Intervensi
iv. Pemulihan

Wednesday, January 7, 2009

MANISNYA MENJADI WANITA


ANTARA PERKARA MANIS MENJADI WANITA......

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
4. 2 rakaat solat daripada seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil
5. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
6. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai
di Baitullah
7. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang
sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
istiqamah

Friday, January 2, 2009

MITOS TENTANG LELAKI

LELAKI...

Banyak yang boleh didengar tentang mereka. Dari rumah hinggalah ke pejabat, ada sahaja yg diperkatakan. Dalam penyelidikan yg dijalankan, lelaki moden dikatakan lebih mengambil berat dan merupakan kawan yg baik.

Di sini diberikan antara mitos-mitos tentang lelaki hari ini.
BETUL ATAU SALAH
Nabil kata " lu fikirlah sendiri........."

1. Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka cintakan
seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg hendak mengakui yg mereka sudah berkeluarga.

2. Lelaki suka memerhatikan ...............wanita, kerana ...... adalah antara bahagian yg cepat menarik perhatian mereka. Jadinya waspadalah si wanita...

3. Lelaki tidak mampu utk setia dgn seorang wanita. Di dalam hubungan percintaan, lelaki sukar utk setia.

4. Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala lelaki memandang perkara itu agak remeh.

5. Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbanding wanita.

6. Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira, tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.

7. Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.

8. Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering jatuh cinta. Lelaki mudah mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa ada apa-apa perasaan.

9. Cinta bagi lelaki adalah seks.

10. Lelaki tidak sensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.
NAMPAKNYA SEMUA NI NEGATIF BELAKA,
AYUH KAUM LELAKI BUKTIKAN SEMUA TU SEBENAR-BENARNYA MITOS.