PERTAMA: MENYEDIAKAN PRASESI
Persediaan diri kaunselor, tempat sesi yang selesa
dan teraputik, sesi sama ada berstruktur atau tidak berstruktur.
KEDUA: MEMBINA HUBUNGAN MENOLONG
Kaunselor menggunakan kemahiran-kemahiran menolong / melayan "mesra, menerima,
mendengar, memahami dan menolong", sekurang-kurangnya kaunselor memahami dan
menggunakan prinsip "CUT APPLE AR" semasa membina hubungan menolong bersama
klien.
KETIGA: MENEROKA DAN MENGANALISIS PERMASALAHAN / KESULITAN KLIEN
Kaunselor meneroka perkara-perkara yang tidak selaras/tidak sesuai yang mungkin menjadi
punca timbulnya permasalahan/ kesulitan klien. Terokalah dari segi pemikirannya, tingkah
lakunya, pengalamannya dan perasaanya.
KEEMPAT: MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH
Kaunselor bersama klien mengenal pasti punca permasalahan/kesulitan, mungkin berpunca
dari diri klien sendiri atau orang lain yang melibatkan dirinya.
KELIMA: MENGAMBIL TINDAKAN
Tindakan dibuat oleh klien berdasarkan pilihan yang telah dibuat, kaunselor bersama klien
menghuraikan pilihan yang telah dibuat, bincangkan langkah-langkah yang perlu dibuat,
jangkasama melaksanakan tindakan dan susulun.
KEENAM: PENAMATAN SESI
Selepas selesai satu-satu sesi atau selesai satu-satu masalah kaunselor bersama klien menangguhkan sesi. Sementara jika semua proses telah selesai kaunselor bersama klien menamatkan sesi.
video klip di bawah ni hanya contoh saja...>>>>>.......
No comments:
Post a Comment