Monday, January 19, 2009

FORMAT D.A.R.T.

Al- kisah, ramai juga yang call saya berminat nak tau D.A.R.T. tapi
bukan niat AHAHA nak menunjuk-nunjuk pandai, cuma rasanya terpanggil nak kongsi idea mudah dan berkesan untuk sediakan laporan sesi kaunseling individu, satu lagi nak ajak yang budiman di luar sana sama-sama layari blog saya, tu jeeee......... atas permintaan di sini disediakan ringkasnya, kalu nak tau panjang lebar, kena masuk kuliah semulalah jawabnya.........

FORMAT LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
Nota Kes Dan Nota Kemajuan Berbentuk Struktur
— Format DART
D = Penerangan tentang klien dan situasi (Description of the client and situation)
A = Penaksiran tentang situasi (Assessment of the situation)
R = Respon kaunselor dan klien (Response of the counselor and the client)
T = Rawatan kaunseling dan perancangan (Treatment implication and plan)


Contoh format nota laporan sesi D.A.R.T.:
D: Penerangan tentang klien dan situasi (Description of the client and situation)
Contoh
Klien hadir tepat pada masanya. Baju kurung dan tudung klien nampaknya berkedut. Air
mukanya seolah-olah terkawal dan senyumannya juga kelihatan dibuat-buat. Walau
bagaimanapun, klien sebak dan menitiskan air mata dua kali semasa sesi. Perhatian klien
terganggu beberapa kali tanpa rangsangan luaran. Klien mengatakan beliau sering menangis
selama dua bulan, tidak gembira, rasa takut, dan tidak ada minat untuk membuat apa-apa.
Klien mengalami kemurungan. Secara keseluruhan, penampilan klien hari ini tidak banyak
berbeza dengan penampilan semasa sesi temu bual permulaan.

A: Penaksiran tentang situasi (Assessment of the situation)
Contoh
Ujian Inventori : contohnya guna Kemurungan Beck (BDI) atau apa-apa soalselidik atau
senarai semak pun boleh dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemurungan klien. Didapati
klien mengalami kemurungan sederhana. Daripada jawapan klien, klien tiada pemikiran dan
rancangan untuk membunuh diri dan klien tahu masalahnya diakibatkan oleh kerisauan
terhadap kerjaya dan perasaan sepi.

R: Respon kaunselor dan klien (Response of the counselor and the client)
Contoh
Klien menyatakan dia tidak pernah mengalami episod kemurungan yang teruk seperti kini.
Klien mengakui bahawa dia pernah mengalami “kesedihan yang teramat sangat” semasa
penceraian ibu bapa lima tahun lepas tetapi hanya untuk tempoh masa yang singkat sahaja.
Topik yang menjadi tumpuan sesi ini contohnya ialah (i) kerisauannya terhadap kerjaya, dan
(ii) perasaan kesepian. Klien menyatakan bahawa dia gagal menjalankan kerjanya mengikut
kehendak dan kualiti yang dikehendaki. Klien bimbang dengan penilaian prestasi tahunannya
yang akan datang. Klien juga berasa sepi kerana tiada kawan yang dia dapat berkongsi
perasaan dan mengadu masalahnya.

T: Rawatan kaunseling dan perancangan (Treatment implication and plan)
Contoh
Pada sesi kaunseling yang berikutnya, tumpuan akan diberi kepada kekuatan dan kemahiran
yang sedia ada pada klien bagi menangani masalah risau tentang kerjanya yang dihadapi
(iaitu penilaian prestasi tahunan). Penumpuan ini membantu pembentukan perancangan
intervensi dan tindakan. Matlamat kaunseling adalah untuk (i) membantu klien memikirkan
tindakan yang boleh diambil untuk menjalankan tugas-tugas di pejabat dengan lebih
berkesan; (ii) mengenalpasti 2-3 orang rakan sejawat yang dapat membantunya; (iii)
mengenalpasti 2-3 orang kawan yang dia boleh telefon untuk berkongsi pemikiran dan
perasaan; (iv) mengenalpasti strategi untuk mendapat peluang bertemu dan berinteraksi
dengan kawan baru (lelaki dan perempuan).
video klip di bawah ni hanya selingan je...
SESI MERAPU.......

2 comments:

Airin said...

Assalamualaikum DR. Anit,

Saya ADZLEEZA bdk2 kaunsling geng2 mat yoe. Dr saya nak tanya camner nak buat format sesi yang lengkap. sbb bdk2 under Dr aritu saya dengar citer kena buat laporan satu laporan sesi 3-4 muka surat. saja jer tanya sbb saya nak kena antar laporan kat bos saya. & perlu ker saya tunjuk sesi saya pada bos saya sbb sesikan adalah rahsia...

Airin said...
This comment has been removed by the author.