Kebanyakan manusia dilahirkan normal, tetapi ada pula yang dilahirkan cacat (beza upaya). Ada yang cacat penglihatan, pendengaran, tubuh badan dan ada pula yang terencat akal.
Kita faham jika seseorang itu beza upaya, dia mempunyai kekurangan dalam kesempuraan dirinya tetapi adakah yang sempurna tubuh badan itu semestinya lebih positif atau berjaya? Kita sering kali mendengar tentang kejayaan manusia beza upaya yang mampu mengatasi kebolehan manusia biasa. Apakah alasan yang mahu kita gunakan untuk fenomena ini? Ramai yang mencari helah lalu menyebut bahawa orang yang sedemikian punyai kelebihan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Bagaimana pula yang normal? Tidakkah Tuhan memberi juga kelebihan pada yang normal? Jadi, bagaimana pula kita masih gagal dan tidak mampu menikmati kejayaan yang dimiliki oleh manusia lain, baik yang normal mahu pun kurang normal?
Ada manusia pula lain helahnya. Dia tidak mahu berusaha lalu menyalahkan nasib dirinya, dengan secara tidak langsung menyalahkan Penciptanya! Seseorang manusia, boleh, sama ada menerajui dirinya atau membatasi dirinya. Dalam buku ini, perbincangan kita akan berkisar tentang dua domain ini, iaitu orang yang menerajui diri yakni melakukan perkara-perkara yang positif dan orang yang membatasi diri yang terikat dengan perlakuan negatif.
Orang yang menerajui diri akan menuju ke arah kecemerlangan. Kecemerlangan di dalam konteks buku ini ialah kejayaan diri seseorang dari segi inteleknya, emosinya, jasmaninya dan rohaninya. Kejayaan material seseorang merupakan antara indikator kecemerlangan, tetapi bukan satu-satunya petanda kecemerlangan. Contohnya, ada orang yang kaya dari segi harta benda, tetapi tidak tidak boleh dianggap cemerlang jika tidak stabil dari segi emosi dan jasmaninya.
Kecemerlangan diri juga bermakna kebolehan membantu orang lain mengecapi kejayaan dan kesejahteraan. Walau bagaimana pun, ini hanya mungkin berlaku apabila diri sendiri sudah berada di ambang kejayaan diri. Apabila kita menyatakan tentang menerajui diri, apakah sebenarnya kriteria penerajuan diri? Antara kriteria yang dimiliki oleh seseorang manusia yang menerajui dirinya adalah seperti berikut:
- mampu mengawal dirinya dan juga orang lain
- mampu berfikiran tajam dan menyelesaikan masalah dengan baik
- berfikiran kreatif dan inovatif
- bersikap terbuka dari segi fikiran dan perlakuan
- mempunyai kebolehan komunikasi yang baik
- mempunyai kepercayaan terhadap diri dan orang lain
- mampu menangani perubahan
- menganggap masa depan cerah
- mampu mengawal dirinya dan juga orang lain
- mampu berfikiran tajam dan menyelesaikan masalah dengan baik
- berfikiran kreatif dan inovatif
- bersikap terbuka dari segi fikiran dan perlakuan
- mempunyai kebolehan komunikasi yang baik
- mempunyai kepercayaan terhadap diri dan orang lain
- mampu menangani perubahan
- menganggap masa depan cerah
2 comments:
salam dr..ni saya izah..pelajar thun 1.Dr,sy nk tnya pndpt ckt kt dr..hari tu sy punya result x berapa baik.Kwn2 sy smuanya dpt tnggi..tp sy antara t'corot dlm kmpuln2.Sy rasa rndah diri sgt..sy rasa sy dah usaha..tp result sy x brapa baik.Kdg2 sy rasa mlu dn kwn2..cz dpt result cm2.sy dh cba b'fkrn positf..tp smua2 xm'jd.Kdg2 sy ngs..knp sy x blh nk kwl sy pnya prasaan.,,?
Pendapat ringkas saya, Pertama SM1 membuktikan Izah boleh meneruskan Izah boleh meneruskan pengajian. Kedua keputusan rendah SM1 tak bermakna dah gagal semuanya. Ketiga renungkan di mana "leaking" sepanjang SM1 dan "cover up" @ buat self reengineering secepat mungkin mula awal SM ini supaya Izah dapat tempatkan diri Izah ke dalam kelompok yang Izah inginkan, Keempat make your self esteem grow up, jangan biarkan rasa rendah diri menguasai diri Izah, Kelima Mengangi menyesali tak memberi makna lagi, jadi menganislah mencurahkan kudrat untuk mengharungi SM2, Keenam percaya Izah boleh menyamai atau melebihi rakan yang lain satu masa nanti,Ketujuh tunjukkan pada diri Izah ada graf peningkat, slow sikit takpe asalkan ada. SAYA YAKIN IZAH BOLEH LAKUKAN ATAS KESUNGGUHAN IZAH DI SAMPING GROUP WORK YANG KUAT.
Post a Comment