Wednesday, February 4, 2009

AMALAN BUDI BAHASA

Kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kita akan muncul, jika sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti mulia, berbudi tinggi dan berbahasa baik. Pembangunan modal insan menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran… tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan

Pembangunan seimbang bukan sahaja mengambil kira dimensi ekonomi, tetapi juga mentaliti yang tinggi. Pengamalan etika dan budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adab sopan yang terpuji berupaya menaikkan nama Malaysia

Yang kurik itu kundi

Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat.
Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang budiman

No comments: