Saturday, March 7, 2009

JARAK & PENAMPILAN DIRI



Jarak Antara Kaunselor Dengan Klien
Manusia berkomunikasi melalui ruang. Penggunaan ruang yang berubah-ubah merupakan nada dalam komunikasi. Setiap individu mempunyai ruang tidak formal sekeliling tubuhnya. Ruang itu membesar dan mengecil bergantung pada keadaan. Kaunselor perlu mengurus ruang untuk menentukan proses kaunseling dapat berjalan dngan baik berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor perlu peka tentang perkara-perkara yang melibatkan jarak atau ruang antaranya agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.

Melalui jarak ini kaunselor dapat memerhati dan memahami mimik muka klien dan pakaian klien.
Tanda-tanda terlalu hampir ialah:
- Terbau akan bau badan atau mulut klien.
- Rasa terperangkap atau lemas,
- Terasa tarikan dan hembusan nafas klien
- Klien kelihatan resah dan memalingkan muka.
Tanda terlalu jauh ialah:
- Susah mendengar apabila klien bercakap dengan suara yang perlahan.
- Tidak kelihatan memek muka
- Hilang kontak mata
- Terasa wujud jarak emosi.
Cara menentukan jarak:
Jemput klien duduka dahhulu kemudian baru kaunselor membetulkan jarak yang sesuai.

Penampilan Diri Kaunselor
Pandangan pertama penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien hendaklah berpakaian menikut norma-norma tempatan.
Penampilan diri yang menggangu tumpuan klien
- Bau minyak wangi yang terlalu kuat
- Pakaian yang menjolok mata
- Berpakaian selekeh, kotor dan bau busuk
- Janggut atau jambang dan misai yang tidak terurus.
(keadaan tersebut boleh menimbulkan jarak psikologi atau rasa terancam kepada diri klien dan ini akan mengubah konsentrasinya).

Ekspresi Muka Atau Wajah
Ekpresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu. Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Adalah penting kepada kaunselor peka kepada:-
- mesej yang dilahirkan melalui wajah klien dan juga
- mesej yang dilahirkan melalui wajah kaunselor sendiri.

Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka, hidung dan warna yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Contohnya, muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi wajah yang tidak sama dengan perkataan menimbulkan rasa kurang senang kepada klien. Contohnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan atau perhubungan yang baik.

Pandangan Mata Atau Kontak Mata
Antara fungsi dan kesan pandangan mata atau kontak mata
a. memberikan perhatian
b. menunjukkan minat
c. menunjukkan tanda hormat
d. menggalakkan perundingan
e. menggalakkan luahan perasaan yang jujur
f. menimbulkan rasa penerimaan
g. menimbulkan rasa percaya mempercayai
h. menimbulkan rasa keselesaan
i. menimbulkan rasa kesungguhan

Perlu difahami bahawa kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat/merenung pada biji mata klien dan pandangan tidak bergerak-gerak ke muka klien (jika ini berlaku klien cepat rasa terancam). Tetapi kaunselor menumpukan / melihat ke arah keseluruhan muka klien dan pandangan tersebut secara biasa. Peringatan:
a. Jangan pejamkan anda semasa sesi pertemuan dengan klien
b. Jangan melihat terlalu tajam ke mata klien
c. Jangan memakai cermin mata hitam
d. Jangan melarikan pandangan mata ke arah lain ketika sesi kaunseling dijalankan.
e. Jangan memandang kosong
f. Jangan selalu sangat melihat jam

No comments: