Sunday, March 8, 2009

REFLEKSI DALAM PROSES SESI KAUNSELING

Refleksi merupakan satu usaha kaunselor memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. Kemahiran refleksi digunakan oleh kaunselor untuk menjelaskan semula idea yang sukar difahami yang dinyatakan oleh klien. Ia membantu menjelaskan kekusutan. Oleh itu, kaunselor aturkan semula idea klien secara ringkas. Ada dua bentuk refleksi – refleksi isi, refleksi pengalaman dan refleksi perasaan. Jika klien belum bersedia, kaunselor refleksi isi dahulu.

Refleksi isi – Kaunselor membuat parafrasa isi kemudian tanya betul atau tidak. Kaunselor menyatakan semula mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semua oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat.

Kesan refleksi isi:
1. Klien berasa didengari oleh kaunselor dengan betul
2. Klien berasa dirinya difahami oleh kaunselor
3. Klien mendengar semula apa yang sedang dikatakannya dan menyemak kesahihan fakta tersebut
4. Membantu menyemak persepsi kaunselor.

Tindakan kaunselor semasa membuat relfeksi
1. Jangan membuat refleksi isi terlalu panjang
2. Jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang seperti:
3. Boleh digunakan, tetapi elakkan menyebutnya berulang-ulang.”Saya dengar...........”
4. Tidak perlu membuat refleksi kepada setiap kenyataan yang disampaikan oleh klien.

Refleksi perasaan – Refleksi perasaan digunakan supaya klien tahu bahawa kaunselor mengikut perkembangan cerita klien. Kaunselor memberi fokus kepada perasaan. Kaunselor ulang semula kata-kata (perasaan) klien atau katakan semula kata-kata yang tersirat. Kesannya klien akan sedar perasaannya sendiri.

Refleksi pengalaman – Kaunselor refleks pengalaman yang sedang dialami oleh klien semasa bersama dengan kaunselor. Kaunselor perhatikan gerakgeri non verbal klien dan kaunselor nyatakan perasaan yang dialami oleh klien dari pemerhatian kaunselor.


Perkara yang perlu dielakkan semasa membuat refleksi.
- Jangan buat refleksi bagi setiap ayat klien.
- Refleksi pada intipati kata-kata klien.
- Jangan buat refleksi perasaan yang mendalam jika klien belum bersedia.

Cuba anda buat contoh refleksi isi atau perasaan, fikirkan semula menjadi tak, kalau tak menjadi bincang semula dengan rakan anda, kalau tak menjadi juga cuba tanya AHAHA.

No comments: