Tuesday, December 30, 2008

PREVENTION IS BETTER THAN CURE


MEMANJANGKAN PRECAUTION
Demi Keselamatan diri & keluarga.

(bukan gurauan, tapi kenyataan ,jika tak caya jangan ikut tip-tip berikut khususnya warga UMT tak kira sudah berkeluarga atau belum)
Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungidiri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk.
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) diwaktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,mereka akan menundukkan kepala).

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda.

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

20. Kalau menyewa rumah baru/baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pakerja asing.

Monday, December 29, 2008

REFRESSMENT



LANGKAH-LANGKAH DALAM PROSES KAUNSELING INDIVIDU


PERTAMA: MENYEDIAKAN PRASESI

Persediaan diri kaunselor, tempat sesi yang selesa

dan teraputik, sesi sama ada berstruktur atau tidak berstruktur.

KEDUA: MEMBINA HUBUNGAN MENOLONG

Kaunselor menggunakan kemahiran-kemahiran menolong / melayan "mesra, menerima,

mendengar, memahami dan menolong", sekurang-kurangnya kaunselor memahami dan

menggunakan prinsip "CUT APPLE AR" semasa membina hubungan menolong bersama

klien.

KETIGA: MENEROKA DAN MENGANALISIS PERMASALAHAN / KESULITAN KLIEN

Kaunselor meneroka perkara-perkara yang tidak selaras/tidak sesuai yang mungkin menjadi

punca timbulnya permasalahan/ kesulitan klien. Terokalah dari segi pemikirannya, tingkah

lakunya, pengalamannya dan perasaanya.

KEEMPAT: MENGENAL PASTI PUNCA MASALAH

Kaunselor bersama klien mengenal pasti punca permasalahan/kesulitan, mungkin berpunca

dari diri klien sendiri atau orang lain yang melibatkan dirinya.

KELIMA: MENGAMBIL TINDAKAN

Tindakan dibuat oleh klien berdasarkan pilihan yang telah dibuat, kaunselor bersama klien

menghuraikan pilihan yang telah dibuat, bincangkan langkah-langkah yang perlu dibuat,

jangkasama melaksanakan tindakan dan susulun.

KEENAM: PENAMATAN SESI

Selepas selesai satu-satu sesi atau selesai satu-satu masalah kaunselor bersama klien menangguhkan sesi. Sementara jika semua proses telah selesai kaunselor bersama klien menamatkan sesi.
video klip di bawah ni hanya contoh saja...>>>>>.......

Saturday, December 27, 2008

Sindrom PTD

Anda ingin tahu sama ada anda tergolong dalam Sindrom Pelajar Turun Darjat (PTD). Cuba jawab senarai semak berikut............


Berikan markah kuiz anda berdasarkan skala berikut:
1 = Rendah dan 10 = Tinggi


1. Sering berasa rendah diri ( )
2. Sering melihat diri sebagai tidak menarik ( )
3. Berasa tidak berharga, ( )
4. Berasa tidak penting dalam kumpulan. ( )
5. Mudah berasa bersalah. ( )
6. Tidak sanggup menerima penghargaan atau tidak suka dipuji. ( )
7. Kurang menghargai penampilan diri sendiri. ( )
8. Susah untuk mengatakan tidak kepada orang lain ( )
9. Menganggap diri tidak disukai oleh orang lain. ( )
10. Takut kepada penolakan daripada orang lain terutamanya kumpulan yang berstatus
tinggi. ( )
11. Menetapkan matlamat yang rendah untuk diri sendiri. ( )
12. Tidak mampu untuk mengenalpasrti perkara-perkara positif dalam diri ( )
13. Kurang selesa dalam situasi sosial terutamanya dalam kumpulan yang lebih besar. ( )

JUMLAH: .............................
Untuk mengetahui tafsirannya sila hubungi AHAHA...

MACAM-MACAM FAKTA........

Dalam kehidupan kita di dunia ini banyak perkara-perkara yang menunjukkan tentang kebesaran Tuhan, berikut ini dipersembahkan sebagai renungan
1. Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan
berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai
radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses
mutasi (perubahan genetik).
2. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh
seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.
3. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.
4. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka
yang kidal.
5. Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang
hayatnya.
6. Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.
7. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata
merbahaya.
8. Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark,
Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.
9. Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300
milimeter.
10. Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.
11. Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk
aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.
12. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.
13. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
14. Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.
15. Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.
16. Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.
17. Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.
18. Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.
19. Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu - di dunia cair pada
satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini
bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini
berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
20. Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling
panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah
bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos
pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

Sama-sama kita renungkan.

Tuesday, December 23, 2008

PILIH 10 YANG DOMINAN

Arahan:
Sila tuliskan 10 perkara yang anda betul-betul tahu tentang pasangannya anda

1. Tarikh kelahirannya : .............................
2. Bandar Kelahirannya : ...........................
3. Warna kesukaannya : .............................
4. Pasukan di universiti kesukaannya : ...............
5. Kitab agama yang disukainya : .........................
6. Satu bulan yang paling disukainya dalam setahun : ..........
7. Jenis Makanan kesukaannya : ...........................
8. Jenis minuman yang disukainya. : .......................................
9. Restaurant yang peliang disukainya : .................................
10. Cerita di TV yang paling disukainya : ...............................
11. Tempat yang menjadi keinginannya untuk dilawat : ...................
12. Tarikh istimewa dalam hidupnya : ...........................
13 Bandar yang paling sisukainya. : ...............................
14. Lagu yang menjadi kesukaannya : .........................
15. Kuat memahami agama : ........................................
16. Cerita kartoon yang disukainya : ............................
17. Tokoh agama yang menjadi idolanya : ...................
18. Sukan riadah yang paling digemarinya : ................
19. siri drama TV yang paling dimintinya : ..................
20. Sikap dirinya yang selalu ditunjukkan. : .................

4 PERKARA YANG TAK KAN KEMBALI

1. KATA-KATA YANG DIUCAPKAN
2. ANAK PANAH YANG DILEPASKAN
3. MASA YANG BERLALU
4. PELUANG YANG DIABAIKAN
(pepatah Arab)
JADI REBUTLAH
REBUT DAN AMBILLAH PELUANG SEBELUM PELUANG DIREBUT OLEH ORANG LAIN.

TAPI AWAS.............
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
JANGAN SAMPAI MENJADI ANAI-ANAI..............
ATAUPUN POHON DEDALU...............

SAMA-SAMA KITA BERTINDAK

Saturday, December 20, 2008

PERKONGSIAN MINDA KELAS PERTAMA

Fokus MINDA KELAS PERTAMA merujuk kepada amalan terbaik warga siswa-siswi (SM Kaunseling) UMT yang melebihi daripada kebiasaan dari segi pengurusan minda, emosi dan tata kelakuan. Amalan-amalan ini seterusnya dapat mempengaruhi dan meransang kumpulan untuk berusaha secara ikhlas bagi mencapai visi, misi, matlamat diri siswa-siswi program SM Kaunseling, Jabatan Psikologi dan Kaunseling dan matlamat FPE.

Amalan Kepimpinan Diri Terbaik

Berminda positif - Percaya dan yakin terhadap sesuatu yang baru dirancang dan akan membawa kebaikan. Contohnya yakin bahawa setiap sesuatu proses belajar dan tugasan boleh diperbaiki dengan usaha penambahbaikan secara berterusan.

Berminda mencipta - Minda yang tidak terkongkong dengan kebiasaan amalan dan proses belajar dan tugasan sedia ada, sebaliknya melakukan perbaharuan, penambahbaikan dan perpandangan jauh. Contohnya sentiasa mencipta kelainan dan penambahbaikan dalam menerajui diri sepanjang mengikuti program pengajian.

Mengutamakan kualiti - Mementingkan kualiti dalam segala bentuk penampilan diri dan tugasan walaupun perkara yang remeh. Contohnya mengambil berat amalan penampilan kualiti diri, kualiti komunikasi interpersonal yang berkesan, disiplin diri yang sentiada mencirikan
pelajar IPT.

Merealisasikan idea-idea baru - Mengolah semula idea-idea hasil daripada pembacaan, pengalaman dan kemahiran dan menjadikannya lebih mudah difahami serta direalisasikan dalam penglibatan pelbagai aktiviti di universiti.

Menjana kehebatan - Meneroka setiap ruang dan peluang untuk dijana menjadi suatu nilai baru yang terbaik dan unggul bercirikan trade mark UMT dan menepati motto "Terokaan Seluas Lautan".

Memupuk budaya kompetensi cemerlang - Menggalakkan rakan sebaya/ kaunselor sebaya ke arah peningkatan ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Tidak kedekut ilmu dan sedia membantu rakan sepengajian agar win-win situation terjelma untuk mengukuhkan trade mark UMT.

Menghayati perasaan - Kebolehan memahami perasan dan kehendak orang lain (empati) supaya rakan seperjuangan/sepengajian dapat merasakan diri mereka dipunyai, dihargai dan "cubit peha kanan, peha kiri terasa". Dalam hal ini soal mempentingkan kebajikan dan memahami perasaan orang lain menjadi keutamaan. Tetapi warga pelajar UMT perlu hindarkan diri daripada seperti kambing diurut janggut atau dipanggil tidak menyahut dilambai tidak nampak.

Bijak mengurus emosi - Dapat memahami emosi diri dan emosi orang lain untuk kebaikan rakan sepengajian dan nama baik Jabatan Psikologi dan Kaunseling, FPE. Oleh itu, siswa-siswi perlu mampu mengawal emosi walaupun berada dalam persekitaran yang tertekan.

Sentiasa dalam keceriaan - Berupaya mewujudkan keceriaan diri dan persekitaran. Realisasikan hal ini walaupun dalam suasana tugasan terdesak.

Berindak sebagai pembimbing - Memberi bimbingan kepada rakan yang menampakkan lari daripada trek siswa UMT. Bertindaklah sebagai kaunselor sebaya.

Menjadi ikutan - Menunjukkan teladan kepada rakan sepengajian dengan keperibadian yang terpuji. Paling tidak mampu mengamalkan pendekatan "CUT APPLE AR".

Minda berstrategi- Mengutamakan cara gaya belajar yang kemas, teratur dan kemas.

Cepat bertindak - Sentiasa peka dan cepat memberi respon terhadap sebarang keperluan untuk melengkapkan sesuatu tugasan.

Minda beretika - memiliki keperibadian mulia dan mengamalkan nilai-nilai akhlak terpuji seperti berbudi bahasa, disegani, tahu menghormati orang lain dan berdisiplin. Bertindak terhadap sesuatu dengan berhemah dan penuh tanggungjawab selaras dengan nilai norma yang diterima masyarakat.

Friday, December 19, 2008

MENERAJUI DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN

Kita dilahirkan ke dunia dengan pelbagai macam perbezaan. Ada yang miskin, ada yang kaya, ada yang berkulit putih, ada yang berkulit hitam dan berbagai-bagai perbezaan. Walau bagaimanapun, perbezaan yang dinyatakan ini hanya semata-mata perbezaan fizikal.

Kebanyakan manusia dilahirkan normal, tetapi ada pula yang dilahirkan cacat (beza upaya). Ada yang cacat penglihatan, pendengaran, tubuh badan dan ada pula yang terencat akal.

Kita faham jika seseorang itu beza upaya, dia mempunyai kekurangan dalam kesempuraan dirinya tetapi adakah yang sempurna tubuh badan itu semestinya lebih positif atau berjaya? Kita sering kali mendengar tentang kejayaan manusia beza upaya yang mampu mengatasi kebolehan manusia biasa. Apakah alasan yang mahu kita gunakan untuk fenomena ini? Ramai yang mencari helah lalu menyebut bahawa orang yang sedemikian punyai kelebihan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Bagaimana pula yang normal? Tidakkah Tuhan memberi juga kelebihan pada yang normal? Jadi, bagaimana pula kita masih gagal dan tidak mampu menikmati kejayaan yang dimiliki oleh manusia lain, baik yang normal mahu pun kurang normal?


Ada manusia pula lain helahnya. Dia tidak mahu berusaha lalu menyalahkan nasib dirinya, dengan secara tidak langsung menyalahkan Penciptanya! Seseorang manusia, boleh, sama ada menerajui dirinya atau membatasi dirinya. Dalam buku ini, perbincangan kita akan berkisar tentang dua domain ini, iaitu orang yang menerajui diri yakni melakukan perkara-perkara yang positif dan orang yang membatasi diri yang terikat dengan perlakuan negatif.


Orang yang menerajui diri akan menuju ke arah kecemerlangan. Kecemerlangan di dalam konteks buku ini ialah kejayaan diri seseorang dari segi inteleknya, emosinya, jasmaninya dan rohaninya. Kejayaan material seseorang merupakan antara indikator kecemerlangan, tetapi bukan satu-satunya petanda kecemerlangan. Contohnya, ada orang yang kaya dari segi harta benda, tetapi tidak tidak boleh dianggap cemerlang jika tidak stabil dari segi emosi dan jasmaninya.


Kecemerlangan diri juga bermakna kebolehan membantu orang lain mengecapi kejayaan dan kesejahteraan. Walau bagaimana pun, ini hanya mungkin berlaku apabila diri sendiri sudah berada di ambang kejayaan diri. Apabila kita menyatakan tentang menerajui diri, apakah sebenarnya kriteria penerajuan diri? Antara kriteria yang dimiliki oleh seseorang manusia yang menerajui dirinya adalah seperti berikut:
- mampu mengawal dirinya dan juga orang lain
- mampu berfikiran tajam dan menyelesaikan masalah dengan baik
- berfikiran kreatif dan inovatif
- bersikap terbuka dari segi fikiran dan perlakuan
- mempunyai kebolehan komunikasi yang baik
- mempunyai kepercayaan terhadap diri dan orang lain
- mampu menangani perubahan
- menganggap masa depan cerah

Wednesday, December 17, 2008

BERSAMA AHAHA....

SEMESTER 2 - KOG 3202 - 3 (1+2) (fokus kepada kemahiran kaunseling)
SEMESTER 4 - KOG 3204 - 4 (2+2) (fokus kepada kaunseling kelompok)
SEMESTER 6 - KOG 4399A - (3+0) (fokus kepada proposal kajian) Group supervision.

So be well prepare for these subjects.

CUT APPLE AR


RAHSIA HUBUNGAN INTERPERSONAL BERKESAN

Tahun 2009 ini diharapkan semua warga pelajar SM Kaunseling dapat tingkatkan CIRI HUBUNGAN INTERPERSONAL khususnya antara rakan seprogram dan rakan seuniversiti amnya. Pendekatannya mudah sekali untuk diamalkan, anda pernah dengan "CUT APPLE AR" . Cuba sekali, dua kali dan tiga kali pasti anda dapat rasakan kesannya dalam perhubungan anda dengan orang lain.

CUT APPLE AR
C - Caring
U - Understanding
T - Trusting

A - Acceptance
P - Patience
P - Positive Thinking
L - Listening
E - Empathy

A - Assertive
R - Rasional


C = CARING
MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA IDE DAN PERASAAN RAKAN.
MENUNJUKKAN SIFAT PENYAYANG DAN MENGAMBIL BERATBERSIFAT
TERBUKA DAN SEDIA MENDENGAR .

U = UNDERSTANDING
MUDAH MEMAHAMI PENDIRIAN ORANG LAIN
SENANG BERTOLAK ANSUR

T = TRUSTING
MEMPERCAYAI YANG SEPATUT DIPERCAYAI

A = ACCEPTANCE
MENGHORMATI ORANG LAIN KERANA MEREKA MEMPUNYAI HARGA DIRI.
ELAK DARIPADA MELABEL ATAU MENGHUKUM
MENERIMA ORANG LAIN SEADANYA

P = PATIENCE
KESABARAN MENGHADAPI TINGKAHLAKU MANUSIA.
BERUPAYA MENGAWAL EMOSI DAN SITUASI.

P = POSITIVE THINKING
KEUPAYAAN SESEORANG MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF POSITIF
SESUATU PERKARA YANG TUHAN LAKUKAN MEMPUNYAI HIKMATNYA
SENTIASA MELIHAT KELEBIHAN DISEBALIK SESUATU PERKARA YANG DIANGGAP
NEGATIF. Saya hari ini menuju kepada apa yang saya fikirkan.

L = LISTENING
SEORANG PENDENGAR YANG BAIK DAPAT MEMAHAMI MAKLUMAT YANG
DISAMPAIKAN DENGAN BAIK
PENDENGAR YANG BAIK BUKAN PENDENGAR YANG PASIF.

E = EMPATHY
KEUPAYAAN SESEORANG MELIHAT SESUATU DARI PERSPEKTIF ORANG LAIN.
BERUPAYA MERASAKAN APA ORANG LAIN RASAKAN.
MEMPUNYAI TAHAP EMPATHI YANG TINGGI TERHADAP RAKANNYA.

A = ASSERTIVE
BERSIFAT ASSERTIF BUKAN PASIF DAN BUKAN AGRESIF.
BOLEH MENYATAKAN PERASAAN ANDA SECARA BERTERUS TERANG.
MENYATAKAN HAK ANDA DAN MENGHORMATI HAK ORANG LAIN.
ORANG LAIN SENANG BERKOMUNIKASI DENGAN ANDA.

A = RATIONAL
MELIHAT DAN MEMIKIRKAN SESUATU DARI SUDUT RASIONAL, DALAM HAL INI
DIRI PERLU DALAM KEADAAN SEDAR. ELAKKAN NILAI DIRI DARIPADA
MENGATASI NILAI PROFESIONAL. GUNAKAN PENDEKATAN PMI, OPV, PAC, FIP,
C&S.

PMI - Fahami apakah ada aspek positive, minus and interesting sesuatu perkara itu.
OPV - Selami apa pula other point of view terhadap sesuatu perkara itu.
PAC - Lihat pula apakah ada possiblilities, Alternatives and Choices yang ada.
FIP - Sedar apa yang first important priorities pada masa sekarang.
C&S - Jangan lupa fikirkan juga aspek causes and consequenses perkara itu berlaku.
Cubalah ...............................

Saturday, December 6, 2008

KAUNSELING MEMBANGUNKAN MODAL INSAN



MODAL INSAN
- Aset utama organisasi dan negara
- Mesti berilmu
- Berkemahiran (bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentisa releven dengan
peredaran masa dan perubahan persekitaran).
- Berketrampilan


Y.A.B PERDANA MENTERI
“…sememangnya modal insan negera perlu terus digilap kerana ia merupakan
elemen terpenting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan,
lebih-lebih lagi dalam ekonomi sejagat yang amat mencabar; ekonomi yang
berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi”.”

“…rakyat sebagai modal insan perlu terus memperkasakan diri dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran serta membudayakan semangat pendidikan sepanjang
hayat…”

“…modal insan negara sentiasa menguasai ilmu pengetahuan terkini dan ditunjang pula
dengan nilai-nilai murni agar menjadi tenaga kerja berprestasi tinggi….”

KAUNSELING?
Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling (PERKAMA).

RASIONAL PERKHIDMATAN KAUNSELING
Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan di tempat kerja
Ketidakseimbangan emosi
Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan
Perbezaan individu yang bertentangan dengan organisasi
Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus
Perbezaan antara keperluan personel dengan polisi jabatan
Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik
Masalah peribadi dan keluarga
Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya
Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkahlaku
Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa
Masalah pencapaian mutu kerja
Masalah sikap
Masalah penyesuaian diri
Stress di tempat kerja
Masalah situasi

ANTARA TUJUAN KAUNSELING
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah (affektif, kognitif dan psikomotor) dengan pertolongan kaunselor

ANTARA PRINSIP KAUNSELING
Manusia mempunyai harga diri.
Manusia itu unik.
Manusia yang memiliki personaliti yang bersepadu adalah manusia yang sihat.
Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
Manusia berkembang melalui proses sosialisasi

ANTARA CIRI PERHUBUNGAN KAUNSELING
Hubungan profesional
Hubungan menolong
Hubungan teraputik
Kongruen
Kefahaman empatik
Menghargai dan menghormati

Ini bukan kaunseling !
Ceramah / syarahan
Tidak rahsia, terbuka
Bias
Menentukan wawasan klien
Nasihat berterusan, tanpa diminta
Memaksa nilai
Tidak menghormati klien
Umum

KAUNSELING YANG BERETIKA
Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya. Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri.

PRODUK PERKHIDMATAN KAUNSELING.
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Konsultasi Pengurusan
Intervensi dan mediasi
Konfrens
Pengurusan Stress
Pengurusan Trauma
Pengurusan Kejayaan / Kegagalan
Inventori Psikologi
Inventori Personaliti
Pengurusan Pegawai “bermasalah”
Persediaan Persaraan
Orientasi Pegawai Baru
Program Ibu Tunggal
Program Keibubapaan
Khidmat integriti

MANUSIA PERLU DIBANTU…
1. Menggalakkan Celik Akal
Membantu individu memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran).
Membantu individu mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya.
Unsur saling berkaitan

2. Memberi sokongan
Individu memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran
perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah. Masalah individu
selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat

3. Membuat keputusan
Membantu individu membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk
membuat keputusan. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan
klien sebelum sesuatu keputusan diambil.

4. Perkembangan
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai
azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif.

5. Pencegahan
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari
segi emosi, pemikiran dan tingkahlaku.

6. Intevensi dan mediasi
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah
supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri.

7. Pemulihan
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan
penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya.

8. MENGAPA MANUSIA BERMASALAH ?
Mesti diterima dan dikasihi semua orang
Selalunya ada penyelesaian yang tepat bagi setiap masalah
Harus terganggu dengan masalah orang lain
Harus bergantung kepada orang lain
Perkara yang bahagia dan menakutkan harus diambil berat
Sepatutnya betul-betul cekap, serba boleh dan berjaya
Sebahagian orang jahat, busuk hati, kejam dan mereka sepatutnya menerima hukuman
Berasa dahsyat jika apa yang dirancang tidak berjaya
Kemelaratan manusia disebabkan faktor luar manusia dan memang tidak berupaya langsung
Peristiwa masa lampaulah yang manjadi penentu masakini
Sukar menerima kekuatan dan kelemahan
Tidak kreatif untuk mencari ruang dalam masyarakat yang ada batasnya sendiri
Tidak tahu menghidupkan suasana
Menggunakan strategi lama untuk menanggani situasi baru
Kepercayaan yang salah
Cepat bertindak, lambat berfikir
Tidak mempunyai maklumat yang releven, lengkap atau menyeluruh
Terlalu mementingkan diri sendiri dan mengenepikan orang lain
Terlalu melihat keluar
Menyalahkan orang lain, peristiwa atau takdir
TIDAK MENERIMA KETENTUAN TUHAN
Pertembungan kehendak kendiri ideal (ideal self) dengan kendiri sebenar (real self) akan
menggerakkan suasana kecelaruan atau konflik tingkahlaku.
Banyak lagi…………….

PASTINYA KAUNSELING MEMBANGUNKAN MODAL INSAN